Tuesday, July 12, 2011

Apa itu International Baccalaureate? #1

Assalamualaikum..

ok sangat laa klise tajuk kat atas ni kan.. haha

erm aku takde la reti nak explain macam dalam Wikipedia tu tau but i'll explain in my own okayy =)

macam mana ntah nak start ni..

okay.. International Baccalaureate Diploma Programme.. nama macam gempak je kan tapi as the name given, it is actually diploma je puuunn.. diploma macam biasa korang dengar tuh. cuma IB diploma ni tak berapa famous la kat Malaysia ni, jarang orang dengar tapi kat negara2 lain terkenal la kononnya.. siap ada program IB untuk kanak2, sekolah rendah, sekolah menengah bagai.. bukan setakat budak lepasan secondary education je macam kat Malaysia nih.. huhu


image from ibo.org

actually banyak je program IB diploma ni kat IPTS Malaysia tapi aku tak berapa tau sangat pasal tu.. yang aku tau bukan aku yang pilih nak amik IB tapi MARA yang offer. senang cerita, MARA jadikan IB and A Level lebih kurang macam foundation untuk study overseas la cuma sape2 yang dipilih MARA untuk amik IB and A Level ni actually TAK CONFIRM LAGI dapat fly okayy.. mesti lepas certain point dulu baru MARA sponsor kau!

*perlulah dihighlightkan perkataan TAK CONFIRM LAGI itu sebab ramai orang especially parents yang ingat anaknya dapat fly bila berjaya lepas dalam interview Skim Pelajar Cemerlang MARA sedangkan MARA just offer anak dia untuk buat IB or A Level je puunn... kira macam IB ni last saringan untuk MARA pilih students yang dia nak sponsor belajar overseas la camtu..

so, kot2 la yang terbaca blog ni adalah mereka2 yang tengah pening2 stress2 memikirkan nak accept ke tak offer MARA untuk buat IB, tuan punya blog ni menyarankan anda supaya fikirlah betul2 ye buat istikharah semua kerana apa? kerana anda tu tak confirm lagi dapat FLY.. huhu

ceh.. macam lepas geram pulak aku ni! hahaha tak la cuma aku just cakap benda yang betul.. ni adalah kenyataan bukan main2 okay..

jadi dipendekkan cerita yang takkan jadi pendek ni, tempoh amik IB ni dua tahun.. lama? memang! nanti kawan2 kau dah sambung degree, kau dok terhegeh2 buat IB tak habis2 lagi tahu. time tu mesti kau macam tacing2 sedih2 sikit la.. huhu ok aku sorang je rasa camtu kott (-.-')

okay2 kita tengok pulak komponen2 dalam IB ni.. jadi untuk berjaya dalam IB ni, tidak dapat tidak haruslah:

  • amik ENAM subjek
  • kena COMPLETE Extended Essay
  • kena belajar Theory of Knowledge
  • kena cukup 150 hours and above untuk aktiviti CAS (creative, action, service) 
sabar2 nanti aku cerita satu2 ey apa benda sume nih..

okay.. yang enam subjek tu kalau boleh kena la from different group of studies.. so ada six group of studies dalam IB ni iaitu:

  • language A1
  • second language
  • individual and societies
  • experimental sciences 
  • mathematics and computer science
  • arts

image from ibo.org

disebabkan kami (budak2 KMS ni) tiada kebebasan untuk memilih, jadi kami haruslah akur dengan pilihan kolej.. well kolej kan lebih mengetahui.. huhu

so for language A1, of course la Malay kan.. kata mother tongue..

second language haruslah English

individual and societies ada tiga pilihan: Business Studies, Economics ataupun Information Technology in Global Society or in short ITGS.. sila pilih satu sahaja hehe

for experimental sciences Chemistry memang wajib semua amik, 
whereas Biology and Physics akan diambil mengikut course masing2

and lastly? 
of course la Mathematics, favourite subjek seeeeeeeeeeeeeemua orang kan kan?? haha

so arts
arts kira budak KMS tak amik la sebab experimental sciences kan dah amik dua subjek..

okayy.. kat KMS ni, budak2 yang amik IB adalah budak2 medic, dentistry, biotechnology and tindikan (math or science teachers).. so ada antara kitorang yang amik physics tapi tak amik bio.. ada pulak yang amik bio chem physics tapi tak amik subjek individual & societies tu.. ikut course la asalkan cukup ENAM subjek kesemuanyaaa..

erm antara tiga daripada enam subjek tu kena la Standard Level (SL) and lagi tiga kena Higher Level (HL).. SL tu kira belajar core je la yang HL tu belajar dalaaammm sikit camtu.. hehe

So setakat ni jelas tak anak murid semua??
sampai sini la dulu kot nanti panjang2 sangat boring pulak! lagipun cikgu dah malas nak menulis haha
okay anak murid semua kita sambung next period ok... class dismiss! =)

   

4 comments:

  1. hahahhahahha shira kauu dah jadi cikgu ye? kelakar pulak. lol semestinya math adalah favourite. heeeeeeeeeee

    ReplyDelete
  2. hahaha berangan jadi cikgu je la wei aku niiee..

    ReplyDelete
  3. amboi shira,pnjang btoi post hg noh...cna nk tulis pnjg2 cmnih...

    ReplyDelete
  4. hahaha kata cikgu... takla.. aku buat draft sikit pastu baru karang kat sini.. heeee.. lgpun ni kan mcm fakta sikit..

    ReplyDelete