Tuesday, August 9, 2011

Aku sayang kau dunia akhirat

Assalamualaikum..

couple itu menghampiri zina. couple itu menghampiri zina. couple itu menghampiri zina. kenapa susah sangat nak faham?

couple itu haram. kenapa susah sangat nak faham?

dah trang tang tang pegang2 sexting2 tu perbuatan ke arah zina. nak nafikan lagi?

bagus. tahniah. kau cuba berhijrah. Alhamdulillah. kau tekad untuk break up. bagus.

tapi tolonglah betul2. dah break up? dah sudah la. tak payah la gatal2 nak contact dah. tak payah contact dulu buat masa terdekat ni. sebab apa? sebab perasaan tu masih ada lagi. kang tak pasal2 melekat balik. syaitan cukup cekap hal2 camni.

apa? susah nak lupa? takut pelajaran dia terganggu hidup dia tak terurus? takdenya. toksah percaya la benda2 tu. tu semua strategi syaitan je. syaitan yang suruh dia merayu camtu kat kau. so that kau rasa serba salah.

tak boleh nak lupa? tu tipu. jangan ingat aku tak pernah lalui situation ni. aku pernah rasa kot. boleh je lupa. hidup je aku sekarang. riang gembira lagi.

yang penting hati kita sendiri. kalau betul nak berubah, hati kena betul2 tekad, niat untuk berubah tu kena betul. bukan berubah sebab aku atau orang lain tapi lillahita'ala. tak perlu nak bolak balik. jauhkan terus. tak payah pikir pasal tu dah. kalau dok sibuk gatal2 message dia balik lepas break up, memang tak jadi apa ar. lagi susah la camtu. kalau rasa tak kuat nak hadapi benda tu sorang2, cari lah kawan yang boleh teman. aku sentiasa je ada kat sisi, bersedia untuk teman kau, untuk tolong kau, untuk jadi your crying shoulder, untuk jadi tempat kau luahkan perasaan. kau je yang buta. kau yang tolak aku ke tepi.

dah terang lagi bersuluh dia permainkan hukum Allah. yang kau sibuk nak kat dia lagi kenapa? sebab dia post kat fb kata dia nak masuk imam muda? nak jadi bilal? kalau setakat tulis kat wall, nak pancing pujian orang, nak pancing bilangan like tapi langsung takde usaha ke arah itu apa guna? sorry lah kalau aku cakap ni tapi memang aku tak nampak langsung usaha dia untuk berubah. TAK NAMPAK.

fine. tak baik buruk sangka. hidayah itu milik Allah. sapa tau dia boleh jadi imam muda nanti kan. kita doakan lah. kalau betul dia nak berubah, DIA AKAN MENCARI. kalau dia BETUL2 mencari kebenaran, Allah akan bukak jalan untuk dia nanti. kau tolonglah teruskan jalan kau. tak payah la nak patah balik. tinggalkan dia. tak boleh ke? kenapa nak ikut jalan dia? jalan sama2 dengan aku tak boleh ke? kenapa nak jugak pilih teman yang berlainan jantina?

ya. aku tau bahasa yang aku gunakan agak kasar. dah kalau berlembut pun tak jadi. aku nak buat camne lagi? kalau ikut rasa amarah ni, memang lagi teruk daripada ni. ya aku tau aku bodoh, tak berani cakap camni depan2. aku berusaha jaga hati kau. dan aku takut kalau depan2 nanti, syaitan keliling aku. aku taknak dirasuk api, marah kerana marah dan sakit hati. aku nak marah sebab mengajar. sebab sayang. tapi itu yang paling susah.

tolonglah faham aku buat ni sebab aku sayang kau. AKU SAYANGKAN KAU TAU TAK?! bukan macam dia, sayang kau sekadar kat dunia je. aku sayang kau dunia akhirat tau tak? sebab tu aku buat camni.

Ya Allah..... stressnya aku! sedihnya aku!!
hancur berderai hati aku bila aku dapat tau kau contact dia lagi. dan kau yang mulakan.
hancur berderai hati aku bila aku dapat tau kau sambung dengan dia balik. dan kau jugak yang mulakan.

fine. aku tak kisah kalau kau nak hancurkan hati aku. but please tolong jangan hancurkan hati mak ayah kau. tolong jangan tarik ayah and abang kau ke neraka. tolonglah. kau kata kau sayang diorang kan? so please buktikan.

and please ingat ni sampai bila2. kau memang dapat mengaburi mata aku, mata mak ayah kau. tapi kau takkan dapat sorok daripada Allah walau macam mana sekali pun.

_________________________________________________________

terasa diri ni sangat tak berguna ='(  

2 comments:

  1. marah kt spe ni shira?? shira,pas aku baca ni, aku dh dpt inspirasi..tq! hehe

    ReplyDelete
  2. pergh...bedesing....btw, ni usaha kau kan..at least kau cuba, habis tak dapat, mnta Allah lindung dia kalau dia tanak ikut kau..

    ReplyDelete